Seksyen 9
Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah
of Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981
ActIn forceProvision 9 of 33
Seksyen 9
(1)
Bagi maksud Akta ini, Menteri boleh, dengan persetujuan
Kerajaan Negeri, dari semasa ke semasa menetapkan melalui pemberitahuan dalam Warta kawasan atau kawasan-kawasan yang dalamnya Lembaga akan melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini dan kawasan atau kawasan-kawasan itu hendaklah dinamakan
“Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah”.
(2)
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, menjadi tanggungjawab Lembaga untuk melaksanakan fungsi yang diperuntukkan oleh Akta ini dalam kawasan Lembaga Kemajuan
Wilayah Kedah.