Skip to content

Seksyen 15

of Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 1983

ActIn forceProvision 15 of 34

Seksyen 15

(1)

Lembaga boleh menubuhkan Bahagian-baha-gian sebagaimana difikirkannya perlu, dan tiap-tiap satu Bahagian itu hendaklah di bawah kawalan dan jagaan seorang pegawai.

(2)

Pegawai yang menjaga tiap-tiap Bahagian hen-daklah dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.

(3)

Adalah menjadi tanggungjawab pegawai yang menjaga sesuatu Bahagian melaksanakan dan menjalankan keputusan-keputusan Lembaga mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan bahagiannya, mengemukakan syor-syor dasar untuk pertimbangan Lembaga, mengambil bahagian tanpa hak mengundi dalam sesuatu mesyuarat Lembaga apabila perkara-perkara yang berkaitan dengan Bahagiannya dipertimbangan dalam mesyuarat tersebut dan juga menjalankan segala kuasa yang mungkin diwakilkan kepadanya oleh Lembaga.

(2)

Seseorang tidaklah layak untuk diambil kerja sebagai pegawai atau pengkhidmat Lembaga, jika dia mempunyai, secara langsung atau secara tak langsung, dengan sendirinya atau melalui pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan dalam sesuatu kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga.