Skip to content

Seksyen 18

of Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 1983

ActIn forceProvision 18 of 34

Seksyen 18

(1)

Bagi maksud-maksud Akta ini, maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu kumpulan wang (dalam Akta ini disebut "Kumpulan Wang") yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri dari—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud-maksud itu oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri;

(b)

apa-apa jumlah wang yang dibayar dari semasa ke semasa kepada Lembaga dari pinjaman;

(c)

wang yang didapati dari menjalankan apa-apa projek, skim atau enterprais yang dibiayai dari Kumpulan Wang;

(d)

wang yang didapati atau terbit daripada apaapa harta, pelaburan, gadaijanji, gadaian ataudebentur yang diperolehi oleh atau yang terletakhak pada Lembaga;

(e)

apa-apa harta, pelaburan, gadaijanji, gadaian atau debentur yang diperolehi oleh atau yang terletakhak pada Lembaga;

(f)

jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan mana-mana daripada obligasinya atau menjalankan mana-mana dari pada kewajipannya; dan

(g)

segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara kena dibayar kepada, atau terletakhak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.

(3)

Dalam seksyen ini ungkapan "pinjaman" ertinya apa-apa jumlah wang yang dapat diadakan dari semasa ke semasa bagi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri sebagai pinjaman.