Skip to content

Seksyen 24

of Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 1983

ActIn forceProvision 24 of 34

Seksyen 24

(1)

Tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut dikenakan, Lembaga boleh mewakilkan kepada Pengerusi, Pengurus Besar atau mana-mana orang lain kuasa untuk menjalankan dan melaksanakan bagi pihaknya apa-apa kuasa, kewajipan atau fungsi yang diletakhakkan atau diper-tanggungkan oleh Akta ini pada atau ke atas Lembaga sebagaimana ditentukan oleh Lembaga, kecuali kuasa untuk meminjam wang, mendapatkan pinjaman atau membuat peraturan-peraturan; dan apa-apa kuasa, kewajipan dan fungsi yang diwakilkan sedemikian boleh dijalankan atau dilaksanakan oleh Pengerusi, Pengurus Besar atau orang lain, mengikut mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga.

(2)

Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan kepada peruntukan-peruntukan lain Akta ini, Lembaga boleh mewakilkan kepada Pengerusi, Pengurus Besar, mana-mana anggotanya yang lain atau mana-mana orang lain kuasa untuk membenarkan perbelanjaan dari Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain yang terletakhak pada atau di bawah kawalan Lembaga hingga takat yang dinyatakan oleh Lembaga.