Seksyen 32
of Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 1983
ActIn forceProvision 32 of 34
Seksyen 32
(1)
Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada seorang pun anggota, pegawai atau pengkhidmat Lembaga boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah diperolehinya semasa menjalankan kewajipan-kewaji-pannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau kedua-duanya.