Skip to content

Seksyen 9

of Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 1983

ActIn forceProvision 9 of 34

Seksyen 9

(1)

Lembaga adalah bertanggungjawab kepada Menteri, dan Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi arahan-arahan yang tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Akta ini dan Lembaga hendak-lah, dengan seberapa segera yang boleh melaksanakan semua arahan itu.

(2)

Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga dan persetujuan Menteri Kewangan, kuasa Menteri untuk memberi arahan-arahan hendaklah termasuk memberi arahan-arahan kepada Lembaga—

(a)

mengenai pelupusan aset modal; dan

(b)

mengenai penggunaan hasil dari pelupusan itu, walaupun arahan-arahan itu mungkin mengenai sesuatu yang tertentu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa arahan tersebut boleh diberi selagi apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga mengikut peruntukan-peruntukan Akta ini masih belum dijelaskan.