Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

35S. Kos memegang kelengkapan, dsb., yang disita

Jika apa-apa bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain yang disita di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya dipegang dalam jagaan Kerajaan atau Lembaga sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, kos bagi memegang dalam jagaan hendaklah, dalam hal mana-mana orang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan, menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada

Kerajaan oleh orang itu dan hendaklah boleh didapatkan dengan sewajarnya.

Report