Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada tindakan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Lembaga atau anggotanya, pegawainya, pekhidmatnya atau ejennya bagi apa-apa benda yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh Lembaga atau anggotanya, pegawainya, pekhidmatnya atau ejennya secara suci hati tanpa kecuaian dan dibuat bagi menjalankan mana-mana kuasa atau pelaksanaan mana-mana kewajipan di bawah Akta ini.