Skip to content

Seksyen 10

Penyata, laporan, akaun dan maklumat

of Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990

ActIn forceProvision 10 of 34
Seksyen 10
(1)

Lembaga hendaklah memberi Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan harta dan aktiviti Lembaga sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan peruntukansubseksyen (1),

Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas akhir setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada

Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam lain suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Lembaga sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah dalam bentuk serta hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Lembaga sebagaimana yang dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Menteri.