Seksyen 16
of Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990
Seksyen 16
(1)
Maka adalah dengan ini ditubuhkan, bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh
Lembaga.
(2)
Kumpulan Wang yang hendaklah terdiri daripada—
(a)
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri;
(b)
apa-apa jumlah wang yang dibayar dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada pinjaman yang diberikan oleh Lembaga;
(c)
wang yang didapati daripada penjalanan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan
Wang;
(d)
wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
(e)
apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada
Lembaga;
(f)
jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 423
(g)
segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada, atau terletak hak pada, Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa dan kewajipannya.
Pemeliharaan Kumpulan Wang