Seksyen 22
of Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990
Seksyen 22
Tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut dikenakan, Lembaga boleh mewakilkan, kepada salah seorang Pengerusi Bersama atau kepada Pengurus Besar, apa-apa fungsi, kuasa atau kewajipan, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, yang diletakhakkan atau dipertanggungkan oleh Akta ini pada atau atas Lembaga, kecuali kuasa untuk meminjam wang, memperdapatkan pinjaman atau membuat peraturan-peraturan; dan apa-apa fungsi, kuasa, atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan oleh Pengerusi
Bersama atau Pengurus Besar itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga.
(2)
Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan peruntukan lain Akta ini, Lembaga boleh mewakilkan kuasa kepada salah seorang Pengerusi Bersama atau kepada Pengurus Besar untuk membenarkan perbelanjaan daripada
Kumpulan
Wang atau mana-mana wang lain yang terletak hak pada atau yang di bawah kawalan Lembaga sehingga had yang hendaklah dinyatakan oleh
Lembaga.
Lembaga Pembangunan Langkawi 21