Seksyen 20
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
of Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990
(1)
Perbelanjaan Lembaga hingga sebanyak yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada
Kumpulan Wang.
(2)
Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Lembaga hendaklah mengemukakan kepada
Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya Menteri hendaklah memberitahu
Lembaga amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.
(3)
Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada
Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan
Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.
(4)
Menteri boleh mengarahkan Lembaga mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 423
yang berkenaan, kepada Kerajaan Negeri atau kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980