Skip to content

Seksyen 32

Perkara yang dilakukan dengan menjangkakan Akta ini akan diperbuat

of Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990

ActIn forceProvision 32 of 34
Seksyen 32

Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Lembaga pada menyediakan dan ke arah pelaksanaan sepatutnya mana-mana peruntukan Akta ini, dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya, dengan menjangkakan bahawa Akta ini akan diperbuat hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak yang diperoleh atau obligasi yang ditanggung bagi pihak Lembaga daripada apa-apa jua yang dilakukan sedemikian hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga.