Skip to content

Seksyen 10

Kerajaan jumlah wang yang dibayar menurut jaminan

of Akta Pinjaman (Bank Pembangunan Asia) 1968

ActIn forceProvision 10 of 12
Seksyen 10
(1)

Jika apa-apa jumlah wang dibayar daripada Kumpulan

Wang Disatukan berkenaan dengan apa-apa tanggungan yang dilakukan oleh Kerajaan di bawah sesuatu jaminan atau aku janji lain yang diberi bagi menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 7(1) berkenaan dengan mana-mana peminjaman pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa berkanun itu hendaklah membayar balik jumlah wang itu (berserta dengan bunga atasnya mengikut kadar yang sama seperti yang kena dibayar atas pinjaman itu di bawah perjanjian pihak berkuasa berkanun dengan Bank) kepada Kumpulan

Wang Disatukan dengan apa-apa cara dan pada bila-bila masa atau dengan apa-apa ansuran sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

(2)

Jika apa-apa jumlah wang dibayar demikian itu daripada

Kumpulan Wang Disatukan, Menteri hendaklah dengan seberapa segera yang boleh selepas akhir tahun kewangan yang bermula dengan tahun kewangan apabila jumlah wang tersebut telah dibayar dan berakhir dengan tahun kewangan apabila segala tanggungan berkenaan dengan jumlah wang itu dan apa-apa bunga yang kena dibayar atasnya telah diselesaikan pada akhirnya oleh pihak berkuasa berkanun yang berkenaan itu, membentangkan dalam Dewan Rakyat suatu kenyataan berkenaan dengannya.

Timbang tara