Seksyen 5
Peminjaman oleh pihak berkuasa berkanun daripada Bank
of Akta Pinjaman (Bank Pembangunan Asia) 1968
(1)
Tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta ini, sesuatu pihak berkuasa berkanun boleh, dengan apa-apa cara dan mengikut apa-apa peruntukan dan dengan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dipersetujui di antara pihak dan berkuasa berkanun tersebut dengan Bank dan dengan kelulusan bertulis daripada Menteri yang didapati terlebih dahulu, meminjam daripada
Bank dari semasa ke semasa apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh pihak berkuasa berkanun itu.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 410
(2)
Kuasa untuk meminjam yang diberi oleh seksyen ini kepada pihak berkuasa berkanun adalah tambahan kepada kuasa untuk meminjam yang diberi kepada pihak berkuasa berkanun itu oleh mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
(3)
Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, pihak berkuasa berkanun boleh menggadaikan atau menggadai janji semua atau mana-mana bahagian harta (yang alih atau tak alih), usaha atau hasilnya sebagai cagaran bagi apa-apa jumlah wang yang terhutang kepada bank berkenaan dengan jumlah wang yang dipinjam olehnya di bawah kuasa yang diberi oleh subseksyen (1).
(4)
Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, sesuatu pihak berkuasa berkanun boleh mengeluarkan apa-apa bon, surat janji hutang dan surat cara lain mengikut apa-apa peruntukan dan syarat yang perlu bagi maksud melaksanakan mana-mana perjanjian yang dibuat olehnya dengan
Bank mengenai apa-apa peminjaman yang dibenarkan oleh subseksyen (1).