Seksyen 4
Kuasa mengeluarkan surat cara termasuk bon
of Akta Pinjaman (Bank Pembangunan Asia) 1968
ActIn forceProvision 4 of 12
Seksyen 4
(1)
Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undang-undang, Kerajaan boleh mengeluarkan apa-apa bon, surat janji hutang atau surat cara lain mengikut apa-apa peruntukan dan syarat sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan syarat sesuatu perjanjian yang telah dibuat olehnya dengan Bank mengenai apa-apa peminjaman yang dibenarkan oleh subseksyen 3(1).
(2)
Mana-mana bon, surat janji hutang atau surat cara lain tersebut boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh Menteri atau oleh mana-mana orang lain yang dibenarkan bagi maksud itu dengan bertulis oleh Menteri.