Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

Bahagian XVI · Peruntukan Khas

165. Pemindahan tugas

Feedback & support
(1)

Jika pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri adalah perlu atau diingini bagi kepentingan awam bahawa mana-mana tugas pihak berkuasa tempatan atau tugas seseorang pekerja pihak berkuasa tempatan itu patut dipindahkan dengan serta-merta daripada pihak berkuasa tempatan itu atau pekerja itu, Pihak Berkuasa Negeri boleh, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta, memindahkan tugas itu kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri itu; dan jika Pihak

Berkuasa Negeri berpendapat bahawa sesuatu penyiasatan patut diadakan Pihak Berkuasa Negeri boleh dalam perintah yang sama atau dalam perintah yang kemudian mengarahkan supaya suatu penyiasatan diadakan berkenaan dengan perkara itu dan boleh membuat apa-apa perintah lanjut yang difikirkan perlu atau sesuai.

(2)

Jika di bawah subseksyen (1) sesuatu tugas dipindahkan, Pihak

Berkuasa Negeri boleh membuat apa-apa perintah yang perlu atau sesuai berhubungan dengan belanja yang diperlukan oleh pemindahan tugas itu dan perintah itu adalah berkuat kuasa atas pihak berkuasa tempatan itu walaupun apa peruntukan Akta ini berhubungan dengan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan, dan pembayaran belanja yang dibenarkan oleh perintah itu adalah suatu maksud yang baginya pihak berkuasa tempatan itu boleh meminjam mengikut peruntukan Akta ini.

(3)

Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah dibentangkan dalam Dewan Negeri sesuatu Negeri di mesyuaratnya yang berikut selepas sahaja daripada itu dan hendaklah, melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu oleh Pihak Berkuasa Negeri, berkuat kuasa seterusnya sehingga dibatalkan dengan suatu ketetapan Dewan Negeri itu.

Report