Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

Bahagian III

16. Senarai jawatan

Feedback & support
(1)

Pihak berkuasa tempatan hendaklah, sekali dalam tiap-tiap tahun sebelum atau pada masa mengemukakan Belanjawan Pihak

Berkuasa Tempatan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen 55, mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk kelulusannya suatu senarai jawatan yang difikirkan perlu oleh pihak berkuasa tempatan itu bagi maksud Akta ini dengan gaji dan elaun, jika ada, yang dicadang hendak diberi kepada jawatan itu masing-masing.

____________________________________________________________________________________

*CATATAN—Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan-peruntukan Sementara) 1973 dimansuhkan oleh

Akta Kerajaan Tempatan1976 [Akta 171]–lihat seksyen 166.

Kerajaan Tempatan 25

(2)

Senarai itu, apabila diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri, hendaklah terus berkuat kuasa sehingga suatu senarai baru diluluskan dengan cara yang sama.

(3)

Pihak berkuasa tempatan boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk kelulusannya apa-apa perubahan dan tambahan dalam dan kepada senarai itu, dan perubahan dan tambahan itu, apabila diluluskan, hendaklah mempunyai kuat kuasa yang sama seolah-olah ia telah dimasukkan dalam senarai itu.

(4)

Datuk Bandar Kuala Lumpur, mengenai Wilayah Persekutuan, atau Datuk Bandar atau Yang Dipertua atau wakilnya yang mana hendaklah seorang Anggota Majlis, Setiausaha dan seorang lagi

Anggota Majlis, mengenai pihak berkuasa tempatan lain, boleh melantik orang itu ke jawatan yang ditunjukkan dalam senarai yang diluluskan sedemikian dan boleh menurunkan pangkat atau membuang orang itu dari jawatan dan boleh melantik orang lain bagi menggantikan mereka:

Dengan syarat bahawa penurunan pangkat atau pembuangan seseorang Ketua Jabatan atau Timbalannya dari jawatannya tidak boleh berkuat kuasa sehingga penurunan pangkat atau pembuangan itu telah disahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri:

Dengan syarat selanjutnya bahawa tiada seorang pun pegawai atau pekerja boleh diturunkan pangkat atau dibuang tanpa diberi peluang yang berpatutan untuk didengar.

Report

Bahagian IV

Penjalanan Urusan

Bahagian V

Peruntukan Am Kewangan

Bahagian VI

Akaun dan Audit

Bahagian VII

Tempat Awam

Bahagian VIII

Pencemaran Anak Sungai

Bahagian IX

Bahagian X

Perkhidmatan Bomba

Bahagian XI

Tempat Perkuburan, Membakar Mayat dan Mengeluarkan Mayat Dari Kubur

Bahagian XII

Kuasa Tambahan Pihak Berkuasa Tempatan

Bahagian XIII

Undang-Undang Kecil

Bahagian XIV

Pelbagai

Bahagian XV

Kadar dan Nilaian

Bahagian XVI

Peruntukan Khas

Schedules