Akta Kerajaan Tempatan 1976 · Updated to 1 Dec 2012 · Bahagian III
17. Kuasa pihak berkuasa tempatan bagi mengadakan tatatertib, dsb., bagi pegawainya
Feedback & supportSesuatu pihak berkuasa tempatan boleh, dengan kelulusan Pihak
Berkuasa Negeri, dari semasa ke semasa membuat kaedah-kaedah bagi maksud mengekalkan kelakuan baik dan tatatertib antara pegawai dan pekerja dan boleh mengenakan apa-apa hukuman ke atas mana-mana pegawai atau pekerja itu yang bersalah kerana salah laku atau melanggar kewajipannya dalam menjalankan tugas rasminya:
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 171
Dengan syarat bahawa tiada sesuatu hukuman boleh dikenakan ke atas mana-mana Ketua Jabatan atau Timbalannya tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Negeri.
Pihak berkuasa tempatan itu boleh menggantung daripada kewajipan mana-mana pegawai atau pekerja yang dituduh melakukan salah laku atau pelanggaran terhadap kewajipan pada menjalankan tugas rasminya, dan jika semasa digantung sedemikian pegawai atau pekerja itu adalah dipecat daripada jawatannya hendaklah dibayar kepadanya bagi tempoh penggantungan itu sebahagian sahaja daripada gaji jawatannya yang mana tidak boleh kurang daripada setengah mengikut sebagaimana yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa tempatan itu.
Sesuatu pihak berkuasa tempatan boleh, dengan kelulusan Pihak
Berkuasa Negeri, dari semasa ke semasa membuat kaedah-kaedah bagi mengadakan peraturan mengenai kelulusan, pemegangan jawatan, kewajipan dan syarat perkhidmatan, termasuk perkara yang berhubungan dengan faedah bersalin, hari rehat, waktu kerja, lebih masa, hari kelepasan, cuti, faedah pengurangan kakitangan dan persaraan, bagi pegawai dan pekerjanya.
Seksyen ini hendaklah mempunyai kuat kuasa walau apa pun peruntukan Akta Pekerjaan 1955 [Akta 265].