Skip to content
In forceUpdated to 17 Oct 2024Read it in English

Bahagian II · Penubuhan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia dan Pelantikan Pegawai

4. Pelantikan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah

Feedback & support
(1)

Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang

Ketua Pengarah, yang hendaklah mengetuai Agensi, dan apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah, dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.

Undang-Undang Malaysia 8

(2)

Pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah bagi selama tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan.

(3)

Tempoh pelantikan Ketua Pengarah tidak boleh melewati tarikh persaraan wajibnya daripada perkhidmatan awam, tetapi apabila dia mencapai umur persaraan wajib itu dia boleh dilantik semula sebagai Ketua Pengarah oleh Yang di-Pertuan Agong secara kontrak selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan.

(4)

Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi arahan, perintah, kawalan dan pengawasan segala perkara yang berhubungan dengan Agensi.

(5)

Jika Ketua Pengarah, atas apa-apa sebab, tidak dapat menjalankan kewajipannya bagi apa-apa tempoh atau jika jawatan

Ketua Pengarah menjadi kosong, Timbalan Ketua Pengarah yang paling kanan boleh menjalankan segala kuasa dan melaksanakan segala kewajipan Ketua Pengarah.

Report

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Agensi

Bahagian IV

Bahagian V

Kecualian

Schedules