Skip to content

Seksyen 5

Pelantikan pegawai Agensi yang lain

of Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024

ActIn forceProvision 5 of 24
Seksyen 5
(1)

Menteri hendaklah melantik apa-apa bilangan pegawai

Agensi yang perlu, dalam kalangan anggota perkhidmatan awam, bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.

(2)

Pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai kuasa yang diperuntukkan baginya di bawah Akta ini dan hendaklah tertakluk pada arahan, perintah, kawalan dan pengawasan Ketua Pengarah.