Skip to content
In forceAs enacted

Bahagian VII · Bahagian VII Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas

128A. Takrif

Feedback & support

Bagi maksud Bab ini—

(a)

“pemindah” ertinya pemegang syer, yang syernya dipindahkan atau akan dipindahkan di bawah perenggan 99(1)(ga);

(b)

“penerima pindahan” ertinya seseorang yang kepadanya syer pemindah dipindahkan atau akan dipindahkan di bawah perenggan 99(1)(ga);

(c)

“perintah pindah milik” ertinya suatu perintah berkenaan dengan pemindahan syer yang disebut dalam perenggan 99(1)(ga) dan termasuklah suatu perintah pindah milik gantian yang disebut dalam seksyen 128d;

(d)

“syer” termasuklah surat cara modal, waran dan hak di bawah apa-apa surat cara lain yang dikeluarkan oleh institusi anggota yang memberi hak kepada pemegangnya untuk memperoleh syer dalam institusi anggota itu;

(e)

“tarikh pindah milik” ertinya tarikh yang dinyatakan pada suatu perintah pindah milik sebagai tarikh yang apa-apa syer dipindahkan atau disifatkan dipindahkan kepada penerima pindahan.

Pemindahan wajib syer 128b. (1) Apa-apa pemindahan syer yang dikeluarkan oleh suatu institusi anggota di bawah perenggan 99(1)(ga) hendaklah dilaksanakan dengan perintah pindah milik yang dikeluarkan oleh Perbadanan mengikut Bab ini.

Undang-Undang Malaysia 36

(2)

Jika berdasarkan rekod institusi anggota yang tersedia kepada Perbadanan dalam penjalanan kuasa pemindahan wajib syer terdapat seorang pemindah yang bankrap, Perbadanan hendaklah memberitahu Ketua Pengarah Insolvensi secara bertulis tentang pemindahan itu sebelum pemindahan itu berkuat kuasa dan apa-apa wang atau balasan lain yang boleh diterima berhubung dengan syer pemindah yang bankrap itu hendaklah diletak hak pada Ketua Pengarah Insolvensi.

(3)

Jika Perbadanan mengeluarkan perintah pindah milik di bawah Bab ini, Perbadanan hendaklah—

(a)

memberitahu hakikat itu dalam Warta; dan

(b)

memberi notis mengenai perintah pindah milik itu dengan secepat yang dapat dilaksanakan melalui penyiaran dalam sekurang-kurangnya dua surat khabar harian yang disiarkan di Malaysia, yang salah satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.

(4)

Notis di bawah perenggan (3)(b) hendaklah termasuk perkara yang dinyatakan dalam subperenggan 2a(1)

Jadual Pertama.

(5)

Perintah pindah milik boleh dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa dan hendaklah berkuat kuasa mengikut Bab ini.

(6)

Perintah pindah milik yang menyatakan bahawa apa-apa syer yang dikeluarkan oleh suatu institusi anggota yang hendak dipindahkan hendaklah menjadi keterangan muktamad pemindahan itu pada tarikh pindah milik itu.

(7)

Perintah pindah milik itu boleh memperuntukkan semua atau mana-mana perkara yang berikut:

(a)

pemindahan kepada penerima pindahan bagi semua atau mana-mana syer yang dikeluarkan oleh institusi anggota;

(b)

penghapusan hak pemegang waran atau surat cara lain yang dikeluarkan oleh institusi anggota yang memberi hak kepada pemegang untuk memperoleh syer dalam institusi anggota itu;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(c)

penyingkiran daripada senarai rasmi mana-mana pasaran saham bagi syer yang dikeluarkan oleh institusi anggota atau suatu kelas sekuriti tertentu yang dikeluarkan oleh institusi anggota;

(d)

apa-apa perkara yang bersampingan, berbangkit dan tambahan sebagaimana yang Perbadanan berpendapat perlu untuk memastikan bahawa pemindahan itu berkuat kuasa sepenuhnya, termasuk syarat yang berhubungan dengan pemindahan itu.

(8)

Perintah pindah milik hendaklah memperuntukkan pemindahan apa-apa syer yang dikeluarkan oleh institusi anggota untuk berkuat kuasa bebas daripada apa-apa amanah, liabiliti, tuntutan bertentangan atau bebanan lain.

Kesan perintah pindah milik 128c. (1) Jika suatu perintah pindah milik dibuat—

(a)

pemindah tidak dikehendaki untuk memberitahu atau mendapatkan kelulusan pemegang syer atau pemiutang mereka dalam suatu mesyuarat agung atau selainnya, atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan, pengawal selia atau mana-mana jua pihak berkuasa lain, atau mana-mana orang lain yang terjejas dengannya walau apa pun apa-apa kontrak, apa-apa jua dalam dokumen konstituen pemindah atau apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang termasuk tetapi tidak terhad kepada Akta Syarikat 1965,

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta

Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;

(b)

penerima pindahan tidak dikehendaki untuk membuat suatu tawaran mengambil alih atau dikehendaki untuk memperoleh syer pemegang syer lain institusi anggota atau syer peminjam di bawah apa-apa perkiraan pinjaman dan peminjaman syer, walau apa pun apa-apa kontrak atau apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang; dan

Undang-Undang Malaysia 38

(c)

tertakluk kepada subseksyen (2)—

(i)

tiada seorang pun boleh menamatkan atau meminda apa-apa perjanjian dengan institusi anggota atau menuntut supaya suatu bayaran dipercepat di bawah apa-apa perjanjian sedemikian dengan institusi anggota hanya disebabkan oleh perintah pindah milik yang dibuat atau perubahan dalam pemegang syer yang dikeluarkan oleh institusi anggota;

(ii)

apa-apa terma dalam mana-mana perjanjian tidak mempunyai kuat kuasa atau kesan sekiranya ia mempunyai kesan untuk memperuntukkan bagi, atau membenarkan, apa-apa jua pun yang, pada matannya, bertentangan dengan subperenggan (i); dan

(iii)

apa-apa terma dalam mana-mana perjanjian tidak mempunyai kuat kuasa atau kesan sekiranya ia memperuntukkan, pada matannya, bahawa institusi anggota itu terhenti mempunyai hak untuk menggunakan atau berurusan dengan aset yang jika tidak institusi anggota akan mempunyai hak itu pada masa perintah pindah milik itu dibuat atau perubahan dalam pemegang syer yang dikeluarkan oleh institusi anggota.

(2)

Penguatkuasaan oleh pihak-pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak tidak akan terjejas oleh suatu perintah pindah milik yang dibuat bagi pemindahan semua atau mana-mana syer yang dikeluarkan oleh institusi anggota.

(3)

Perbadanan boleh, dengan kelulusan Bank Negara

Malaysia, dalam menjalankan kuasanya di bawah perenggan 99(1)(ga), melalui notis secara bertulis—

(a)

memecat daripada jawatan, berkuat kuasa dari apa-apa tarikh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu, mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja institusi anggota;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(b)

mengubah atau menamatkan kontrak perkhidmatan mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja institusi anggota itu, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu; atau

(c)

melantik mana-mana orang sebagai pengarah, pegawai atau pekerja institusi anggota tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

(4)

Sebelum menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (3), Perbadanan hendaklah memberi pengarah, pegawai atau pekerja institusi anggota itu peluang untuk membuat representasi.

(5)

Bagi mengelakkan keraguan, jika Perbadanan menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (3), Perbadanan, institusi anggota atau penerima pindahan tidak boleh dinamakan sebagai suatu pihak dalam apa-apa tuntutan atau permohonan yang dibuat atau ditambahkan sebagai suatu pihak dalam apa-apa prosiding yang dimulakan atau diteruskan oleh atau bagi pihak mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja institusi anggota itu menurut Akta Perhubungan Perusahaan 1967 atau

Akta Kerja 1955.

(6)

Suatu perintah pindah milik boleh menghendaki atau membenarkan—

(a)

pemindah untuk memberikan maklumat dan bantuan kepada penerima pindahan atau Perbadanan;

atau

(b)

penerima pindahan untuk memberikan maklumat dan bantuan kepada pemindah atau Perbadanan.

(7)

Mana-mana orang dalam mematuhi perintah pindah milik bagi maksud subseksyen (6) tidak boleh dianggap sebagai melanggar mana-mana undang-undang, kontrak, perjanjian atau perkiraan.

(8)

Perintah pindah milik yang dikeluarkan mengikut

Bab ini adalah muktamad dan mengikat semua orang yang baginya perintah pindah milik itu dibuat atau yang terjejas oleh perintah pindah milik itu tidak kira bahawa orang itu tidak mengetahui mengenai apa-apa hal keadaan yang

Undang-Undang Malaysia 40

menyebabkan perintah pindah milik itu dibuat, atau tidak mempunyai peluang untuk didengar oleh, atau untuk membuat apa-apa representasi kepada, Perbadanan berhubung dengan perintah pindah milik itu.

(9)

Bab ini hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya walau apa pun—

(a)

apa-apa yang terkandung dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan syer dan pengarah, pegawai dan pekerja institusi anggota termasuk undang-undang yang dengannya atau di bawahnya institusi anggota itu dibentuk, ditubuhkan, diperbadankan atau didaftarkan; atau

(b)

apa-apa yang terkandung dalam dokumen konstituen institusi anggota atau dalam mana-mana kontrak yang dibuat oleh atau bagi pihak institusi anggota itu atau dalam mana-mana kontrak yang menyentuh syer yang dikeluarkan oleh atau selainnya yang berhubungan dengan institusi anggota itu.

Perintah pindah milik gantian 128d. (1) Perbadanan boleh mengeluarkan suatu perintah pindah milik gantian untuk menggantikan mana-mana perintah pindah milik yang telah dikeluarkan sebelumnya bagi maksud membetulkan apa-apa peninggalan atau khilaf dalam perintah pindah milik itu.

(2)

Apa-apa perintah pindah milik gantian yang dikeluarkan oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1) yang menyatakan bahawa mana-mana syer yang dikeluarkan oleh institusi anggota telah dipindahkan kepada penerima pindahan hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai pemindahan itu pada tarikh pindah milik yang dinyatakan dalam perintah pindah milik gantian itu.

(3)

Apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh penerima pindahan, pemindah atau mana-mana orang lain, dengan bergantung kepada suatu perintah pindah milik yang dikeluarkan terdahulu tidaklah terjejas oleh mana-mana peninggalan atau khilaf yang dibetulkan dalam suatu perintah pindah milik gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1).”.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

Report

Bab

Bab 3 Bahagian VII Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 129 seksyen yang berikut:

Bahagian VII

Bahagian VII Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Perkhidmatan Kewangan 2013

Bab

Bab 3 Bahagian V, Perbadanan menyifatkannya sebagai wajar bagi nilai liabiliti berkenaan dengan sijil takaful atau polisi insurans anggota penanggung insurans i