Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Amendment Act

Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2016

Feedback & supportAmends the Malaysia Deposit Insurance Corporation Act 2011

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbadanan Insurans

Deposit Malaysia (Pindaan) 2016.

s 2Pindaan am

Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 [Akta 720], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memotong perkataan “perpaduan” di mana-mana jua terdapat termasuk dalam nota bahu Akta ibu.

s 3Pindaan seksyen 2

Seksyen 2 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan menggantikan takrif “anggota penerima deposit” dengan takrif yang berikut:

‘ “anggota penerima deposit” ertinya suatu institusi anggota yang merupakan bank Islam atau bank berlesen;’;

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA

(PINDAAN) 2016

Undang-Undang Malaysia 4

(ii)

dengan memasukkan selepas takrif “aset” takrif yang berikut:

‘ “bank berlesen” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 [Akta 758];’;

(iii)

dengan memasukkan selepas takrif “bank berlesen”

takrif yang berikut:

‘ “bank Islam” ertinya suatu bank yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013 [Akta 759], selain suatu bank Islam antarabangsa berlesen;’;

(iv)

dengan memotong takrif “aset Islam”;

(v)

dengan memotong takrif “aset konvensional”;

(vi)

dalam takrif “deposit Islam”, dengan memotong perkataan “atas apa-apa asas termasuk jagaan atau perkongsian keuntungan”;

(vii)

dalam takrif “deposit konvensional”, dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “pemberian cagaran” perkataan

“melainkan jika jumlah wang itu disediakan atau diberikan sebagai cagaran atau sekuriti bagi pembayaran balik apa-apa pinjaman yang dibuat oleh atau hutang yang terhutang kepada anggota penerima deposit”;

(viii)

dalam takrif “institusi anggota”, dengan menggantikan perkataan “perbadanan” dengan perkataan “orang”;

(ix)

dengan menggantikan takrif “institusi kewangan”

dengan takrif yang berikut:

‘ “institusi kewangan” ertinya suatu bank berlesen, bank Islam, syarikat insurans atau pengendali takaful;’;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(x)

dengan menggantikan takrif “kemudahan pembiayaan

Islam” dengan takrif yang berikut:

‘ “kemudahan pembiayaan Islam”

mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada takrif “kemudahan pembiayaan” di bawah subseksyen 2(1)

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;’;

(xi)

dengan memasukkan selepas takrif “pejabat”

takrif yang berikut:

‘ “pelikuidasi” termasuklah seorang pelikuidasi sementara, jika berkenaan;’;

(xii)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memotong takrif “pengendali takaful” yang sedia ada;

(xiii)

dengan memasukkan selepas takrif “pendeposit”

takrif yang berikut:

‘ “pengendali takaful” ertinya pengendali takaful yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan takaful di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013, selain suatu pengendali takaful yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan takaful semula semata-mata dan suatu pengendali takaful antarabangsa;’;

(xiv)

dengan memotong takrif “perjanjian kewangan yang layak”;

(xv)

dengan memotong takrif “perniagaan kewangan

Islam”;

(xvi)

dengan menggantikan takrif “perniagaan perbankan

Islam” dengan takrif yang berikut:

‘ “perniagaan perbankan Islam” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013;’;

Undang-Undang Malaysia 6

(xvii)

dengan menggantikan takrif “polisi am” dengan takrif yang berikut:

‘ “polisi am” ertinya suatu polisi yang dikeluarkan oleh suatu syarikat insurans yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 untuk menjalankan perniagaan insurans am;’;

(xviii)

dengan memasukkan selepas takrif “polisi hayat”

takrif yang berikut:

‘ “polisi hayat sertaan” ertinya suatu polisi hayat yang memberikan suatu hak kepada pemunya polisi untuk menyertai dalam untukan, yang jumlah atau penentuan masa adalah pada budi bicara syarikat insurans, daripada aset suatu kumpulan wang insurans di bawah Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013;’;

(xix)

dengan memasukkan selepas takrif “sekuriti”

takrif yang berikut:

‘ “sekuriti Islam” ertinya sekuriti yang mengikut Shariah;’;

(xx)

dengan menggantikan takrif “sijil takaful am”

dengan takrif yang berikut:

‘ “sijil takaful am” ertinya suatu sijil takaful yang dikeluarkan oleh pengendali takaful yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013 untuk menjalankan perniagaan takaful am;’;

(xxi)

dengan menggantikan takrif “surat cara modal”

dengan takrif yang berikut:

‘ “surat cara modal” ertinya syer keutamaan, saham pinjaman, hutang berjangka subordinat atau surat cara lain yang diluluskan oleh

Bank Negara Malaysia sebagai layak untuk menjadi modal bagi maksud Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013;’;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(xxii)

dengan menggantikan takrif “syarikat insurans”

dengan takrif yang berikut:

‘ “syarikat insurans” ertinya suatu penanggung insurans yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan insurans di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013, selain suatu penanggung insurans yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan insurans semula semata-mata dan

Danajamin Nasional Berhad;’;

(xxiii)

dalam takrif “tahun taksiran”, dengan memasukkan selepas perkataan “premium” perkataan “dan levi”;

(xxiv)

dalam takrif “takaful”, dengan menggantikan perkataan “Akta Takaful 1984” dengan perkataan

“Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013”; dan

(xxv)

dengan menggantikan takrif “takaful perpaduan keluarga” dengan takrif yang berikut:

‘ “takaful keluarga” ertinya takaful di bawah suatu sijil takaful keluarga.’;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“Perjanjian kewangan yang layak

(1a)

Bagi maksud Akta ini—

(a)

“cagaran kewangan” ertinya mana-mana yang berikut yang tertakluk kepada suatu kepentingan atau hak yang menjamin pembayaran atau pelaksanaan suatu obligasi berkenaan dengan suatu perjanjian kewangan yang layak atau yang tertakluk kepada suatu perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik:

(i)

wang tunai atau yang bersamaan dengan wang tunai, termasuk surat cara boleh niaga dan deposit tuntutan;

Undang-Undang Malaysia 8

(ii)

sekuriti, sekuriti Islam, suatu akaun sekuriti, suatu akaun sekuriti Islam, atau suatu hak untuk memperoleh sekuriti atau sekuriti Islam; atau

(iii)

suatu perjanjian niaga hadapan atau suatu akaun niaga hadapan;

(b)

“derivatif” ertinya apa-apa perjanjian, termasuk suatu opsyen, swap, kontrak niaga hadapan atau kontrak hadapan, yang harga pasaran, nilai, penghantaran atau obligasi pembayarannya berpunca daripada, dirujuk kepada atau berdasarkan, tetapi tidak terhad kepada, sekuriti, komoditi, aset, kadar (termasuk kadar faedah atau kadar pertukaran) atau indeks;

(c)

“derivatif Islam” ertinya apa-apa perjanjian, termasuk suatu opsyen, swap, kontrak niaga hadapan atau kontrak hadapan, yang dibuat mengikut Shariah, yang harga pasaran, nilai, penghantaran atau obligasi pembayarannya berpunca daripada, dirujuk kepada atau berdasarkan, tetapi tidak terhad kepada, sekuriti Islam, komoditi, aset, kadar (termasuk kadar keuntungan atau kadar pertukaran)

atau indeks;

(d)

“perantaraan kewangan” ertinya—

(i)

suatu agensi penjelasan; atau

(ii)

seseorang, termasuk broker, bank atau syarikat amanah, yang dalam penjalanan biasa perniagaan menyenggara akaun sekuriti, akaun sekuriti Islam atau akaun niaga hadapan untuk orang lain;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(e)

“perjanjian kewangan yang layak” ertinya—

(i)

suatu perjanjian induk berkenaan dengan satu atau lebih transaksi kewangan yang layak di bawahnya yang sekiranya hal tertentu yang ditentukan oleh pihak-pihak kepada perjanjian itu berlaku—

(A)

transaksi yang disebut dalam perjanjian itu tamat atau boleh ditamatkan;

(B)

nilai penamatan transaksi di bawah subperenggan (i) dikira atau boleh dikira; dan

(C)

nilai penamatan transaksi di bawah subperenggan (i)

adalah bersih atau boleh bersih, supaya suatu amaun bersih kena dibayar, dan jika suatu perjanjian adalah juga berkenaan dengan satu atau lebih transaksi yang bukan transaksi kewangan yang layak, perjanjian itu hendaklah disifatkan sebagai perjanjian kewangan yang layak hanya berkenaan dengan transaksi yang merupakan transaksi kewangan yang layak dan apa-apa penguatkuasaan yang dibenarkan oleh pihak-pihak mengenai hak mereka di bawah perjanjian itu;

(ii)

suatu perjanjian yang berhubungan dengan cagaran kewangan, termasuk perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik, berkenaan dengan satu atau lebih transaksi kewangan yang layak di bawah suatu perjanjian induk yang disebut dalam subperenggan (i);

Undang-Undang Malaysia 10

(iii)

suatu perjanjian untuk meminjam atau meminjamkan sekuriti atau komoditi, termasuk suatu perjanjian untuk memindahkan sekuriti atau komoditi yang di bawahnya peminjam boleh membayar balik pinjaman itu dengan sekuriti atau komoditi yang lain, wang tunai atau yang bersamaan dengan wang tunai; atau

(iv)

apa-apa perjanjian lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank Negara

Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 atau di bawah

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;

(f)

“perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik” ertinya suatu perjanjian yang di bawahnya hakmilik kepada harta telah diperuntukkan bagi maksud menjamin pembayaran atau pelaksanaan suatu obligasi berkenaan dengan suatu perjanjian kewangan yang layak; dan

(g)

“transaksi kewangan yang layak”

ertinya—

(i)

suatu derivatif atau suatu derivatif

Islam, sama ada yang akan diselesaikan melalui pembayaran atau serahan; atau

(ii)

suatu perjanjian beli semula, beli semula songsang atau jual beli balik berkenaan dengan sekuriti atau sekuriti

Islam.”; dan

(c)

dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “pemberitahuan,” perkataan “arahan,”.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

s 4Pindaan seksyen 10

Seksyen 10 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2)

dengan subseksyen yang berikut:

“(2) Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan lain

Akta ini, Perbadanan boleh menetapkan, dengan kelulusan

Menteri, bagi mana-mana peruntukan Akta ini untuk terpakai bagi suatu subsidiari Perbadanan seolah-olah subsidiari

Perbadanan itu ialah Perbadanan itu sendiri.”.

s 5Pindaan seksyen 14

Seksyen 14 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (1)(c), dengan menggantikan perkataan

“seorang ketua bahagian” dengan perkataan “seorang pemegang jawatan”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a) Bagi maksud perenggan (1)(c), “pemegang jawatan” ertinya mana-mana orang yang merupakan presiden atau naib presiden, atau setiausaha atau bendahari bagi suatu parti politik atau mana-mana cawangan parti politik itu, atau yang merupakan seorang anggota jawatankuasa atau anggota badan pengelolaan suatu parti politik atau mana-mana cawangan parti politik itu atau yang memegang apa-apa jawatan atau kedudukan dalam suatu parti politik atau mana-mana cawangan parti politik itu, dengan apa jua nama yang dipanggil, yang sama dengan mana-mana yang disebut di atas atau yang berkenaan dengannya orang itu menjalankan pengurusan atau kawalan bagi hal ehwal parti politik atau mana-mana cawangan parti politik itu.”.

s 6Pindaan Bab 4

Tajuk Bab 4 Bahagian II Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Pegawai dan pekerja” perkataan “, dsb.”.

Undang-Undang Malaysia 12

s 7Pindaan seksyen 25

Subseksyen 25(2) Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (a)—

(i)

dengan menggantikan subperenggan (ii) dengan subperenggan yang berikut:

“(ii) kecuali bagi maksud penyediaan bantuan likuiditi, membuat pinjaman atau pendahuluan atau menyediakan pembiayaan dengan atau tanpa cagaran, atau menjamin dengan atau tanpa cagaran apa-apa pinjaman, pendahuluan atau pembiayaan yang disediakan, kepada institusi anggota;”; dan

(ii)

dalam subperenggan (iii), dengan memasukkan selepas perkataan “dengan cara cagaran atau selainnya,” perkataan “atau melanggan”;

(b)

dalam perenggan (h), dengan memotong perkataan “dan”

di hujung perenggan itu; dan

(c)

dengan memasukkan selepas perenggan (h) perenggan yang berikut:

“(ha) menyediakan apa-apa subsidi, pemberian, kemudahan pembiayaan Islam atau kemudahan kredit konvensional, dengan atau tanpa pulangan atau bunga, kepada mana-mana orang bagi maksud latihan, penyelidikan, pendidikan atau pembangunan sumber manusia berhubung dengan perkhidmatan perbankan dan kewangan;

dan”.

s 8Pindaan seksyen 26

Seksyen 26 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan

“Pinjaman” dengan perkataan “Peminjaman wang atau penyediaan pembiayaan”; dan

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(b)

dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman” perkataan

“atau menyediakan pembiayaan”.

s 9Pindaan seksyen 27

Seksyen 27 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“perbadanan lain” dengan perkataan “mana-mana orang lain”; dan

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“perbadanan yang ditetapkan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “orang”.

s 10Pindaan seksyen 28

Seksyen 28 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subperenggan (1)(c)(i), (d)(i), (e)(i) dan (f)(i), dengan menggantikan perkataan “premium” dengan perkataan “levi”; dan

(b)

dalam perenggan (2)(b), dengan memasukkan selepas perkataan “premium” perkataan “dan levi”.

s 11Pindaan seksyen 29

Seksyen 29 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“dana” di mana-mana jua terdapat termasuk dalam nota bahu dengan perkataan “pembiayaan”.

s 12Pindaan seksyen 34

Seksyen 34 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula seksyen itu sebagai subseksyen (1); dan

Undang-Undang Malaysia 14

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2) Perbadanan boleh menyiarkan akaun tahunan dan laporan tahunan yang disebut dalam subseksyen (1)

dalam keadaan akaun tahunan dan laporan tahunan itu tidak dapat dibentangkan di hadapan Dewan

Negara dan Dewan Rakyat dalam masa enam bulan dari 31 Disember tahun taksiran yang sebelumnya.”.

s 13Pindaan seksyen 36

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 36 dengan seksyen yang berikut:

s 36“Disifatkan sebagai anggota

(1)

Suatu bank berlesen atau bank Islam—

(a)

yang disifatkan sebagai suatu institusi anggota di bawah seksyen 37 Akta yang dimansuhkan, hendaklah berterusan kekal sebagai suatu institusi anggota di bawah Akta ini; atau

(b)

yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan

Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372], Akta

Bank Islam 1983 [Akta 276], Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam 2013 selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai suatu institusi anggota dari tarikh ia diberikan lesen.

(2)

Suatu pengendali takaful atau syarikat insurans disifatkan sebagai suatu institusi anggota—

(a)

dari tarikh berkuatkuasanya Akta ini; atau

(b)

jika ia mula wujud selepas tarikh berkuatkuasanya

Akta ini, dari tarikh ia didaftarkan di bawah

Akta Takaful 1984 [Akta 312], atau dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996 [Akta 553], Akta

Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 atau Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(3)

Mana-mana orang yang ditetapkan sebagai institusi anggota oleh suatu perintah yang disebut dalam subseksyen 27(1)

disifatkan sebagai suatu institusi anggota dari tarikh kuat kuasa perintah itu.

(4)

Walau apa pun subseksyen 120(1), seksyen ini tidak terpakai bagi suatu institusi perantaraan.”.

s 14Pindaan seksyen 38

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 38 dengan seksyen yang berikut:

s 38“Pembatalan keanggotaan

Keanggotaan suatu institusi anggota yang merupakan suatu institusi kewangan hendak dibatalkan jika lesen institusi anggota itu telah diserah balik atau dibatalkan di bawah

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013.”.

s 15Pindaan seksyen 39

Seksyen 39 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4) Jika Lembaga telah mengesahkan cadangannya untuk menamatkan keanggotaan institusi anggota itu,

Perbadanan hendaklah—

(a)

dengan serta-merta memaklumkan Menteri dan

Bank Negara Malaysia secara bertulis; dan

(b)

mengeluarkan suatu notis bertulis mengenai penamatan keanggotaan kepada institusi anggota yang keanggotaannya hendaklah ditamatkan apabila habis tempoh yang ditentukan dalam notis itu.”;

(b)

dengan memotong subseksyen (5) dan (6); dan

Undang-Undang Malaysia 16

(c)

dalam subseksyen (7), dengan menggantikan perkataan

“subseksyen (6)” dengan perkataan “subseksyen (4)”.

s 16Pindaan seksyen 40

Subseksyen 40(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:

“(c) dalam hal bekas anggota penanggung insurans, manfaat dilindungi pada tarikh pembatalan atau penamatan keanggotaan itu berkuat kuasa, ditolak apa-apa bayaran yang dibuat disebabkan oleh manfaat itu, hendaklah terus dilindungi selepas tarikh kuat kuasa pembatalan atau penamatan itu sehingga penunaian semua obligasi bekas anggota penanggung insurans berkenaan dengan manfaat takaful atau insurans itu;”.

s 17Pindaan seksyen 41

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 41 dengan seksyen yang berikut:

s 41“Deposit

(1)

Bagi maksud Bahagian ini—

(a)

“deposit” ertinya baki belum dibayar daripada agregat deposit sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 2(1) yang diterima atau dipegang oleh anggota penerima deposit daripada atau bagi pihak seseorang dan termasuklah—

(i)

suatu draf bank, cek kembara, surat kredit bayar dahulu, kiriman wang atau surat cara lain yang seumpamanya yang berkenaan dengannya anggota penerima deposit itu bertanggungan terutamanya;

(ii)

cek atau surat cara atau arahan lain yang seumpamanya yang dimasukkan ke dalam sistem pembayaran yang ditetapkan di bawah subseksyen 30(1) Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 atau subseksyen 39(1) Akta

Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 walau apa pun apa-apa kelengahan atau kegagalan oleh anggota penerima deposit itu dalam mengkreditkan akaun itu;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(iii)

deposit mata wang asing; atau

(iv)

apa-apa liabiliti atau surat cara kewangan sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan, tetapi tidak termasuk, melainkan jika ditentukan selainnya oleh Perbadanan di bawah subperenggan (iv)—

(A)

suatu deposit yang tidak kena dibayar di Malaysia;

(B)

suatu deposit pasaran wang;

(C)

suatu deposit surat cara boleh niaga dan apa-apa deposit pembawa yang lain;

(D)

suatu perjanjian beli semula;

(E)

suatu deposit yang kena dibayar oleh anggota penerima deposit dalam penjalanan perniagaan perbankan Labuannya yang dijalankan di bawah

Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti

Labuan 2010 [Akta 704] atau perniagaan perbankan Islam Labuannya yang dijalankan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan

Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705]; dan

(F)

apa-apa liabiliti atau surat cara kewangan yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Perbadanan;

(b)

“akaun amanah” termasuklah wang yang dipegang dalam akaun bagi maksud suatu amanah.

(2)

Bagi mengelakkan keraguan, liabiliti atau surat cara kewangan yang disebut dalam subperenggan (1)(a)(iv) dan perenggan (1)(a)(F) termasuklah apa-apa liabiliti atau surat cara yang di bawahnya suatu jumlah wang atau nilai wang diterima atau dibayar mengikut terma oleh mana-mana orang, yang penerimaan dan pembayaran balik adalah mengikut terma mana-mana perjanjian yang selaras dengan Shariah atas apa-apa asas, sama ada terdapat obligasi untuk membayar balik wang itu sepenuhnya atau tidak.”.

Undang-Undang Malaysia 18

s 18Pindaan seksyen 42

Seksyen 42 Akta ibu dipinda––

(a)

dengan menggantikan perkataan “amaun” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “had”;

(b)

dalam subseksyen (3) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “an” dengan perkataan “a”; dan

(c)

dalam perenggan (4)(a), dengan menggantikan perkataan

“pemegang amanah untuk seorang yang lain” dengan perkataan “pemegang amanah untuk mana-mana benefisiari”.

s 19Pindaan seksyen 43

Subseksyen 43(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “amaun” dengan perkataan “had”.

s 20Pindaan seksyen 44

Seksyen 44 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1)

dengan subseksyen yang berikut:

“(1) Jika liabiliti deposit suatu anggota penerima deposit

(dalam seksyen ini disebut “anggota pemindah”) dipindahkan kepada dan diambil alih oleh seseorang yang bukan anggota penerima deposit, deposit itu, ditolak apa-apa pengeluaran daripada deposit itu, hendaklah disifatkan sebagai dan akan terus diinsuranskan oleh Perbadanan setakat apa-apa had yang ditetapkan di bawah subseksyen 42(2), bagi baki tahun taksiran itu, atau sehingga deposit itu matang atau dikeluarkan kesemuanya, mengikut mana-mana yang lebih awal, selepas tarikh pemindahan dan pengambilalihan.”.

s 21Pindaan seksyen 46

Seksyen 46 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memotong perkataan “cek diperakui,”; dan

(b)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memotong perkataan

“perintah”.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

s 22Pindaan seksyen 48

Subseksyen 48(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “ditetapkan” dengan perkataan “ditentukan”.

s 23Pindaan seksyen 51

Seksyen 51 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2) Surcaj premium yang kena dibayar oleh anggota penerima deposit di bawah subseksyen (1)

dalam mana-mana tahun taksiran tertentu tidak boleh melebihi premium yang kena dibayar oleh anggota penerima deposit itu berkenaan dengan tahun taksiran sebelumnya atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.”;

(b)

dengan memotong perenggan (3)(a); dan

(c)

dalam perenggan (3)(b), dengan memasukkan selepas perkataan “pemberitahuan,” perkataan “arahan,”.

s 24Pindaan seksyen 52

Seksyen 52 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“premium yang belum dibayar” dengan perkataan “premium atau surcaj premium yang belum dibayar”.

s 25Pindaan seksyen 55

Seksyen 55 Akta ibu dipinda dalam nota bahu dengan memotong perkataan “berkenaan dengan deposit diinsuranskan”.

s 26Pindaan seksyen 56

Seksyen 56 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memotong perkataan “berkenaan dengan deposit diinsuranskan”; dan

Undang-Undang Malaysia 20

(b)

dalam perenggan (1)(c), dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen 44(1)” perkataan “jika perintah penggulungan dibuat dalam baki tahun taksiran selepas tarikh pemindahan dan pengambilalihan”.

s 27Pindaan seksyen 57

Seksyen 57 Akta ibu dipinda dalam nota bahu dengan memotong perkataan “berkenaan dengan deposit diinsuranskan”.

s 28Pindaan seksyen 58

Seksyen 58 Akta ibu dipinda dalam nota bahu dengan memotong perkataan “berkenaan dengan deposit diinsuranskan”.

s 29Pindaan seksyen 60

Seksyen 60 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “anggota penerima deposit yang memegang deposit itu,” perkataan “bekas anggota penerima deposit sebagaimana yang disebut dalam perenggan 40(1)(b) atau mana-mana orang yang kepadanya liabiliti deposit telah dipindahkan di bawah subseksyen 44(1),”.

s 30Pindaan seksyen 61

Seksyen 61 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“melebihi apa-apa amaun” dengan perkataan “melebihi apa-apa had”.

s 31Pindaan seksyen 65

Seksyen 65 Akta ibu dipinda dalam nota bahu dengan memotong perkataan “berkenaan dengan deposit diinsuranskan”.

s 32Pindaan seksyen 66

Seksyen 66 Akta ibu dipinda dalam nota bahu dengan memotong perkataan “berkenaan dengan deposit diinsuranskan”.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

s 33Pindaan seksyen 69

Subseksyen 69(4) Akta ibu dipinda—

(a)

dalam teks bahasa Inggeris—

(i)

dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan

“takaful general certificates” dengan perkataan

“general takaful certificates”;

(ii)

dalam perenggan (f), dengan menggantikan perkataan

“group general certificate” dengan perkataan

“group general takaful certificate”;

(iii)

dalam perenggan (h), dengan menggantikan perkataan

“group general certificates” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “group general takaful certificates”; dan

(iv)

dalam perenggan (j), dengan menggantikan perkataan

“general certificate”, “group general certificates”

dan “group general certificate” di mana-mana jua terdapat, masing-masing dengan perkataan

“general takaful certificate”, “group general takaful certificates” dan “group general takaful certificate”; dan

(b)

dalam teks bahasa kebangsaan dalam perenggan (h), dengan menggantikan perkataan “sijil takaful am atau polisi am kumpulan” dengan perkataan “sijil takaful am kumpulan atau polisi am kumpulan”.

s 34Pindaan seksyen 70

Subseksyen 70(4) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan dengan menggantikan perkataan “penginsurans” dengan perkataan “penanggung insurans”.

s 35Pindaan Bab 2 Bahagian V

Tajuk Bab 2 Bahagian V Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Premium” dengan perkataan “Levi”.

Undang-Undang Malaysia 22

s 36Pindaan seksyen 71

Seksyen 71 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan

“Premium” dengan perkataan “Levi”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “premium” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “levi”.

s 37Pindaan seksyen 72

Seksyen 72 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan

“Premium” dengan perkataan “Levi”;

(b)

dengan menggantikan perkataan “premium” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “levi”;

(c)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“ditetapkan” dengan perkataan “ditentukan”;

(d)

dalam subseksyen (1) dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “penginsurans” dengan perkataan “penanggung insurans”; dan

(e)

dalam subseksyen (1) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “premiums” dengan perkataan

“levies”.

s 38Pindaan seksyen 73

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 73 dengan seksyen yang berikut:

s 73“Pengiraan levi tahunan berkenaan dengan anggota penanggung insurans

(1)

Levi tahunan hendaklah dikira seperti yang berikut:

(a)

kadar levi yang terpakai bagi setiap anggota penanggung insurans hendaklah berdasarkan apa-apa kriteria yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)

(b)

berkenaan dengan anggota penanggung insurans yang menjalankan perniagaan takaful keluarga atau insurans hayat, levi tahunan yang kena dibayar oleh anggota penanggung insurans itu hendaklah dikira berdasarkan asas yang dinyatakan dalam perenggan (c)

dan mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh

Perbadanan;

(c)

bagi maksud perenggan (b), levi tahunan hendaklah berdasarkan penilaian aktuari liabiliti takaful keluarga atau liabiliti insurans hayat pada 31 Disember tahun taksiran yang sebelumnya berkenaan dengan semua atau mana-mana jenis atau perihalan manfaat takaful atau insurans atau apa-apa sijil takaful keluarga atau polisi insurans hayat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan;

(d)

berkenaan dengan anggota penanggung insurans yang menjalankan perniagaan takaful am atau insurans am, levi tahunan yang kena dibayar oleh anggota penanggung insurans itu hendaklah dikira berdasarkan asas yang dinyatakan dalam perenggan (e)

dan mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh

Perbadanan;

(e)

bagi maksud perenggan (d), levi tahunan hendaklah berdasarkan jumlah sumbangan bersih atau jumlah premium bersih yang diterima pada tahun taksiran yang sebelumnya berkenaan dengan semua atau mana-mana jenis atau perihalan manfaat takaful atau insurans atau apa-apa sijil takaful am atau polisi insurans am sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan; dan

(f)

levi tahunan berkenaan dengan manfaat yang dilindungi bagi takaful keluarga, takaful am, polisi hayat dan polisi am hendaklah dikira secara berasingan.

(2)

Bagi mengelakkan keraguan, jika liabiliti bagi sijil takaful atau polisi insurans suatu anggota penanggung insurans dipindahkan kepada dan diambil alih oleh anggota penanggung insurans lain, jumlah sumbangan bersih atau jumlah premium bersih yang diterima oleh anggota penanggung insurans pemindah berkenaan dengan liabiliti itu pada tahun

Undang-Undang Malaysia 24

taksiran yang sebelumnya hendaklah disifatkan diterima oleh anggota penanggung insurans penerima pindahan pada tahun taksiran sebelumnya dan levi tahunan hendaklah dibayar oleh anggota penanggung insurans penerima pindahan dengan sewajarnya.

(3)

Levi yang kena dibayar oleh suatu anggota penanggung insurans hendaklah berdasarkan kepada penyata yang diperaku oleh ketua eksekutif anggota penanggung insurans itu dan dikemukakan mengikut apa-apa bentuk dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dikehendaki oleh Perbadanan.”.

s 39Pindaan seksyen 74

Seksyen 74 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“premium” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “levi”.

Bahagian VII

Bahagian VII Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas

Bab

Bab 3 Bahagian VII Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 129 seksyen yang berikut:

Bahagian VII

Bahagian VII Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Perkhidmatan Kewangan 2013

Bab

Bab 3 Bahagian V, Perbadanan menyifatkannya sebagai wajar bagi nilai liabiliti berkenaan dengan sijil takaful atau polisi insurans anggota penanggung insurans i