Skip to content

Seksyen 15

Seksyen 39 Akta ibu dipinda—

of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2016

Amendment ActIn forceProvision 15 of 61
Seksyen 15

(a)

dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4) Jika Lembaga telah mengesahkan cadangannya untuk menamatkan keanggotaan institusi anggota itu,

Perbadanan hendaklah—

(a)

dengan serta-merta memaklumkan Menteri dan

Bank Negara Malaysia secara bertulis; dan

(b)

mengeluarkan suatu notis bertulis mengenai penamatan keanggotaan kepada institusi anggota yang keanggotaannya hendaklah ditamatkan apabila habis tempoh yang ditentukan dalam notis itu.”;

(b)

dengan memotong subseksyen (5) dan (6); dan

Undang-Undang Malaysia 16

(c)

dalam subseksyen (7), dengan menggantikan perkataan

“subseksyen (6)” dengan perkataan “subseksyen (4)”.