Skip to content

Seksyen 41

Pindaan seksyen 76

of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2016

Amendment ActIn forceProvision 41 of 61
Seksyen 41

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 76 dengan seksyen yang berikut:

“Caj lampau tempoh berkenaan dengan anggota penanggung insurans

Quoted provision

Seksyen 76

Jika mana-mana levi atau surcaj levi yang terhutang dan kena dibayar di bawah seksyen 71, 72 atau 75 belum dibayar oleh anggota penanggung insurans pada tarikh kena dibayar, levi atau surcaj levi yang belum dibayar itu hendaklah, tanpa penyampaian notis lanjutan kepada anggota penanggung insurans itu, dinaikkan ke suatu jumlah yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan levi yang belum dibayar.”.

Undang-Undang Malaysia 26

Pindaan seksyen 77