Skip to content

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

of Akta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia 1992

ActIn forceProvision 2 of 38
Seksyen 2

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 490

“anggota” ertinya anggota Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 4 dan termasuklah anggota silih ganti yang dilantik di bawah seksyen 7;

“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 17;

“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif

Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 20 dan termasuklah mana-mana pegawai yang diarah, di bawah subseksyen 21(4), untuk melaksanakan tugas Ketua Pegawai Eksekutif;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pembangunan

Perdagangan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28;

“Menteri”

ertinya

Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 4;

“Perbadanan” ertinya Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar

Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“syarikat” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada “perbadanan” di bawah subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965

[Akta 125].