Seksyen 12
of Akta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia 1992
Seksyen 12
Perbadanan hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
Perbadanan Pembangunan Perdagangan
Luar Malaysia 13
(a)
untuk menggalakkan, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan penekanan tertentu ke atas eksport keluaran terkilang dan separa terkilang dan atas dasar yang selektif, import;
(b)
untuk membentuk dan melaksanakan suatu strategi pemasaran eksport negara bagi menggalakkan pengeksportan keluaran terkilang dan separa terkilang;
(c)
untuk mengusahakan risikan komersial dan kajian pasaran dan mewujudkan suatu pangkalan data maklumat yang komprehensif bagi mempertingkatkan dan membangunkan perdagangan;
(d)
untuk mengelolakan program latihan bagi mempertingkatkan kemahiran pemasaran antarabangsa pengeksport Malaysia;
(e)
untuk menambah dan melindungi kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negeri;
(f)
untuk mewakili Malaysia dalam mana-mana forum antarabangsa berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan perdagangan;
(g)
untuk membangunkan, menggalakkan, memudahkan dan membantu dalam bidang perkhidmatan yang berhubungan dengan perdagangan;
(h)
untuk menasihati Kerajaan mengenai perkara yang menyentuh atau dengan apa-apa jua cara berkaitan dengan perdagangan dan untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan atau bagi mana-mana orang, badan atau organisasi mengenai perkara sedemikian; dan
(i)
untuk melakukan apa-apa jua perkara dan benda lain yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada pelaksanaan fungsinya.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 490