Seksyen 3
of Akta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia 1992
Seksyen 3
(1)
Maka hendaklah ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan yang dikenali sebagai “Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar
CATATAN―Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017―lihat seksyen 620(1) Akta 777.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan
Luar Malaysia 9
Malaysia” yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai biasa, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Perbadanan, mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.
(2)
Peruntukan Jadual adalah terpakai kepada Perbadanan.