Skip to content

Seksyen 22

Pelantikan pegawai dan pekhidmat Perbadanan

of Akta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia 1992

ActIn forceProvision 22 of 38
Seksyen 22
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2) dan apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 36(2)(c), (d) dan (e),

Perbadanan boleh melantik dari semasa ke semasa, atas apa-apa terma dan syarat, sekian bilangan pegawai dan pekhidmat sebagaimana yang difikirkannya wajar dan perlu bagi menjalankan maksud Akta ini.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 490

(2)

Perbadanan tidak boleh menubuhkan atau mengubah suai apa-apa jawatan atau skim perkhidmatan untuk pegawai dan pekhidmat Perbadanan, termasuk terma dan syarat perkhidmatan dan gaji, apa-apa skim pencen, dan apa-apa skim yang berhubungan dengan elaun dan saraan lain, tanpa kelulusan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam.