Seksyen 37
Penyata, laporan, akaun dan maklumat
of Akta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia 1992
Perbadanan hendaklah memberi Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan harta dan aktiviti
Perbadanan sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh
Menteri dari semasa ke semasa.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan subseksyen (1),
Perbadanan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas akhir setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 490
dihantar kepada Menteri suatu laporan yang memperkatakan aktiviti
Perbadanan sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah dalam bentuk serta hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Perbadanan sebagaimana yang dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Menteri.