Malaysia-Thailand Joint Authority Act 1990 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian VI · Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand
12. Sekatan atas urusan kewangan
Feedback & supportPihak Berkuasa Bersama tidak boleh, tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Kerajaan-Kerajaan―
memberikan bantuan kewangan kepada mana-mana syarikat, badan atau orang dengan mengambil syer atau debentur atau dengan cara pinjaman, pendahuluan, pemberian atau selainnya;
membeli, mengunderait atau selainnya memperoleh apa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau syarikat persendirian; atau
meminjam wang, atau membuat apa-apa jaminan atau tanggung rugi yang melibatkan liabiliti kewangan.
Dalam memberikan apa-apa keizinan di bawah subseksyen (1)
Kerajaan-Kerajaan boleh bersesama mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkan sesuai olehnya.