Malaysia-Thailand Joint Authority Act 1990 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian VIII · Peraturan-Peraturan
15. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh, dengan kelulusan Kerajaan-Kerajaan, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan yang berikut:
pengelolaan atau penjalanan apa-apa perniagaan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan cari gali dan eksploitasi sumber alam dalam Kawasan Pembangunan
Bersama;
pembayaran apa-apa wang yang kena dibayar kepada
Kerajaan-Kerajaan oleh Pihak Berkuasa Bersama di bawah seksyen 7 dan perenggan 10(d);
terma dan syarat perlantikan bagi, dan emolumen, elaun perjalanan dan elaun saraan hidup yang kena dibayar kepada, Pengerusi Bersama dan anggota lain Pihak
Berkuasa Bersama;
tatacara pemberian tender dan award bagi mana-mana kontrak yang boleh dibuat di bawah seksyen 14, termasuk terma dan syarat yang boleh dimasukkan ke dalam kontrak itu;
penyimpanan akaun yang patut dan rekod lain bagi transaksi dan hal ehwal Pihak Berkuasa Bersama mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum;
Akta Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand 17
penyediaan penyata akaun tahunan dan, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, penguntukan keuntungan;
pengauditan akaun dan pengemukaannya selepas itu kepada Kerajaan-Kerajaan;
penyediaan dan pengemukaan belanjawan tahunan kepada
Kerajaan-Kerajaan;
standard bagi cari gali dan eksploitasi petroleum dalam
Kawasan Pembangunan Bersama; dan
apa-apa perkara lain bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini:
Dengan syarat bahawa berkenaan dengan perkara yang disebut di bawah perenggan (a), (d), (e), (f), (g), (h) dan (i), peraturan-peraturan sedemikian boleh dibuat selepas berunding dengan Pihak Berkuasa
Bersama.