Skip to content

Seksyen 8

of Akta Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand 1990

ActIn forceProvision 8 of 26

Seksyen 8

(1)

Segala kos yang dilakukan dan faedah yang diperoleh oleh

Pihak Berkuasa Bersama daripada aktiviti yang dijalankan di

Kawasan Pembangunan Bersama hendaklah ditanggung dan dikongsi sama banyak oleh Kerajaan-Kerajaan.

(2)

Sehingga suatu masa apabila Pihak Berkuasa Bersama mempunyai pendapatan yang cukup untuk membiayai perbelanjaan kendalian tahunannya, Kerajaan Malaysia hendaklah membayar kepada Kumpulan Wang apa-apa bayaran tahunan yang ditentukan mengikut Perjanjian tertakluk kepada bayaran yang sama banyak dibuat oleh Kerajaan Thailand.