Malaysian Cocoa Board (Incorporation) Act 1988 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian III · Kewangan
18. Kumpulan Wang Lembaga Koko Malaysia
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Maka hendaklah ditubuhkan dan disenggarakan suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Lembaga
Koko Malaysia yang hendaklah ditadbirkan oleh Lembaga.
Berikut hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang—
apa-apa pemberian yang dibuat kepada Lembaga oleh
Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri;
semua wang yang dipungut di bawah seksyen 22;
semua wang yang dipungut di bawah mana-mana kaedah dan peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, selain denda;
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 343
semua wang yang dipinjam oleh Lembaga di bawah seksyen 19;
semua wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa pelaburan di bawah seksyen 20 atau daripada apa-apa harta, gadai janji, cagaran atau debentur;
wang yang diterima daripada sumber lain termasuk komisen dan fi bagi nasihat atau khidmat yang diberi menurut perenggan 9(c) dan (d), atau fi, royalti atau balasan lain yang kena dibayar di bawah seksyen 10A;
wang yang dipungut atau dibayar di bawah seksyen 23Y;
dan
derma dan sumbangan yang diterima dari dalam atau luar
Malaysia, termasuk wang yang diterima daripada mana-mana
Kerajaan atau organisasi di luar Malaysia.
Kumpulan Wang boleh digunakan untuk—
membayar perbelanjaan yang ditanggung oleh Lembaga dalam mentadbirkan Kumpulan Wang itu;
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk—
saraan Ketua Pengarah dan kakitangan, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan, pencen atau ganjaran dan, jika berkenaan, sumbangan kepada
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berkenaan dengan Ketua Pengarah dan kakitangan;
perlindungan insurans bagi Ketua Pengarah dan kakitangan;
sumbangan kepada Akaun Kebajikan Kakitangan
Lembaga Koko Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 18A; dan
Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 27
fi dan kos guaman serta fi dan kos lain;
memberi pinjaman perumahan atau pinjaman untuk membeli kenderaan bagi Ketua Pengarah dan kakitangan, atas apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan;
membuat sumbangan dengan cara bayaran yuran atau derma kepada mana-mana organisasi yang diiktiraf, sama ada tempatan atau antarabangsa, yang menggalakkan penyelidikan dan kemajuan ke atas koko dan pemasaran koko dan keluaran koko;
membayar balik apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh
Lembaga di bawah seksyen 19;
membayar apa-apa hadiah di bawah seksyen 23DD; dan
membayar apa-apa perbelanjaan lain yang difikirkan oleh
Lembaga bersampingan dengan fungsinya.
Bahagian IV
SES
Bahagian V
Audit dan Laporan Tahunan
Bahagian VI