Malaysian Cocoa Board (Incorporation) Act 1988 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian IV · SES
22. Ses ke atas koko
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh, selepas berunding dengan
Menteri
Kewangan, membuat perintah berkenaan dengan pengenaan, pengubahan atau pengkenselan ses ke atas koko; dan perintah itu boleh menyatakan jenis, amaun dan kadar dan cara pemungutan ses itu.
Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan amaun, kadar dan cara pungutan yang berlainan bagi jenis atau gred koko yang berlainan.
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam mana-mana perintah tersebut, ses itu hendaklah disifatkan bagi maksud pemungutan dan penguatkuasaan pemungutannya, sebagai duti kastam yang dikenakan di bawah Akta Kastam 1967 [Akta 235].
Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 29
Tiap-tiap perintah itu hendaklah disiarkan dalam Warta dan hendaklah dibentangkan di hadapan tiap-tiap Dewan Parlimen dengan seberapa segera yang praktik selepas penyiaran perintah sedemikian dalam Warta.
Seseorang yang tidak atau enggan membayar apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh kali amaun ses yang kena dibayar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Amaun apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang terhadapnya ses itu dikenakan dan boleh dibawa guaman terhadapnya dan didapatkan di mana-mana mahkamah atas guaman Lembaga.
Permulaan prosiding di bawah seksyen ini tidak boleh melepaskan mana-mana orang daripada liabiliti untuk membayar apa-apa ses yang baginya orang itu bertanggungan atau mungkin bertanggungan atau daripada liabiliti untuk membuat apa-apa penyata yang orang itu dikehendaki membuatnya oleh Akta ini.
Tanpa menjejaskan subseksyen (5), mahkamah yang dihadapannya seseorang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (4) boleh memerintahkan orang itu membayar kepada
Lembaga jumlah amaun ses yang diperakui oleh pegawai kewangan
Lembaga sebagai kena dibayar oleh orang itu pada tarikh sabitan itu.
Ses yang kena dibayar di bawah subseksyen (7) hendaklah, bagi maksud pemungutannya, disifatkan sebagai suatu denda dan hendaklah didapatkan mengikut seksyen 283 Kanun Tatacara
Jenayah [Akta 593].
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 343
Bahagian V
Audit dan Laporan Tahunan
Bahagian VI