Amendment Act · As enacted
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
s 2Pindaan seksyen 3
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998
[Akta 589], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 3—
dalam takrif “Pengerusi”, dengan menggantikan perkataan
“perenggan 6(a)” dengan perkataan “perenggan 6(1)(a)”;
dan
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA MALAYSIA (PINDAAN) 2026
Undang-Undang Malaysia 4
dengan memasukkan selepas takrif “Pengerusi” takrif yang berikut:
‘ “sistem komunikasi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 [Akta 588];’.
s 3Penggantian seksyen 6
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 6 dengan seksyen yang berikut:
s 6“Keanggotaan Suruhanjaya
Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
seorang Pengerusi, yang hendaklah bukan ahli Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan;
tiga orang anggota yang mewakili Kerajaan Persekutuan, yang salah seorang anggota hendaklah menjadi Ketua
Setiausaha bagi Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi dan multimedia yang hendaklah menjadi seorang anggota ex-officio;
dan
tidak kurang daripada dua orang tetapi tidak lebih daripada tujuh orang anggota lain yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam perkara yang berhubungan dengan komunikasi dan multimedia, kewangan, kejuruteraan, perdagangan, perundangan, ekonomi, pentadbiran awam, persaingan, perlindungan pengguna, sains sosial atau apa-apa kelayakan lain yang bersesuaian yang ditentukan oleh Menteri.
Anggota Suruhanjaya tidak boleh menjadi pekerja
Suruhanjaya, kecuali bagi Pengerusi yang juga merupakan ketua pegawai eksekutif di bawah seksyen 20.”.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (Pindaan)
s 4Penggantian seksyen 10
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 10 dengan seksyen yang berikut:
s 10“Tempoh jawatan
Tempoh jawatan—
seorang Pengerusi yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(a) hendaklah bagi tempoh dua tahun dan Pengerusi itu adalah layak dilantik semula bagi tempoh yang sama, tetapi tidak boleh memegang jawatan lebih daripada lima tempoh sama ada terus menerus atau selainnya; dan
anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(b) atau
, selain anggota ex-officio, hendaklah bagi tempoh dua tahun dan anggota itu adalah layak dilantik semula bagi tempoh yang sama, tetapi tidak boleh memegang jawatan lebih daripada lima tempoh sama ada terus menerus atau selainnya.
Walau apa pun subseksyen (1), seseorang yang telah dilantik sebagai Pengerusi di bawah perenggan 6(1)(a) atau sebagai mana-mana anggota di bawah perenggan 6(1)(b)
atau (c), kecuali anggota ex-officio, yang telah melengkapkan tempoh jawatannya selama lima tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) atau (b) sama ada terus menerus atau selainnya pada suatu masa menjadi Pengerusi dan pada suatu masa lain menjadi anggota, adalah layak dilantik bagi jawatan yang lain di bawah perenggan 6(1)(a), (b) atau (c) dan hendaklah memegang jawatan itu bagi tempoh yang sama yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan.”.
Undang-Undang Malaysia 6
s 5Pindaan seksyen 13
Seksyen 13 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (f)
dengan perenggan yang berikut:
“(f) dalam hal Pengerusi—
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Suruhanjaya tanpa kebenaran Menteri; atau
jika dia dipilih atau dilantik sebagai ahli Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan;”.
s 6Seksyen baharu 14a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 14
seksyen yang berikut:
“Pemberhentian pelantikan Pengerusi 14a.
Dalam keadaan Pengerusi, kerana apa-apa sebab, tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia atau tidak dapat melaksanakan tugas jawatannya selama enam bulan berturut-turut tanpa kebenaran Menteri, Menteri hendaklah melantik orang lain untuk menjadi Pengerusi mengikut Akta ini dan setelah pelantikan itu, Pengerusi sebelumnya adalah terhenti daripada menjadi anggota Suruhanjaya.”.
s 7Pindaan seksyen 16
Subseksyen 16(1) Akta ibu dipinda—
dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (i); dan
dengan memasukkan selepas perenggan (i) perenggan yang berikut:
“(ia) membangun dan mengawal selia piawaian atas infrastruktur dan platform yang akan menggalakkan saling kendali, kepercayaan dan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (Pindaan)
7
memacu pembangunan industri komunikasi dan multimedia dan ekonomi Malaysia yang lebih luas;
membangun dan mengawal selia piawaian berkenaan dengan keselamatan, perlindungan keselamatan, integriti dan keutuhan aset maklumat, rangkaian komunikasi dan perkhidmatan yang disediakan melalui rangkaian komunikasi;
mengkaji semula atau mengaudit apa-apa maklumat yang dikehendaki untuk diberikan oleh pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang memberikan perkhidmatan berkaitan dengan sistem komunikasi kepada Suruhanjaya;
mengaudit atau menyebabkan supaya diaudit aktiviti mana-mana pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang memberikan perkhidmatan berkaitan dengan sistem komunikasi yang ditentukan oleh
Suruhanjaya; dan”.
s 8Pindaan seksyen 17
Subseksyen 17(1) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan
“dan” dengan perkataan “atau”; dan
dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan
“ketua eksekutif” dengan perkataan “ketua pegawai eksekutif”.
s 9Pindaan seksyen 18
Seksyen 18 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Tiap-tiap arahan yang diberikan oleh Menteri hendaklah didaftarkan oleh Suruhanjaya secepat yang dapat dilaksanakan.
Undang-Undang Malaysia 8
Sesuatu arahan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pendaftaran arahan itu dalam suatu daftar atau pada suatu tarikh selepas itu yang boleh dinyatakan oleh Menteri dalam arahan itu.
Sesuatu arahan hendaklah habis tempoh pada tarikh yang boleh dinyatakan oleh Menteri dalam arahan itu atau, jika tiada tarikh dinyatakan, arahan itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga arahan itu dibatalkan.
Menteri boleh pada bila-bila masa mengubah suai, mengubah atau membatalkan suatu arahan dan tatacara yang dinyatakan dalam subseksyen (3), (4) dan (5) hendaklah terpakai mutatis mutandis berkenaan dengan apa-apa ubah suaian, perubahan atau pembatalan suatu arahan.”.
s 10Seksyen baharu 18a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 18
seksyen yang berikut:
“Daftar arahan oleh Menteri 18a. (1) Suruhanjaya hendaklah menyenggara suatu daftar, dalam kedua-dua bentuk fizikal dan media elektronik, semua perkara yang dikehendaki untuk didaftarkan di bawah seksyen 18.
Mana-mana orang boleh, dengan membayar fi, jika ada, yang dikenakan oleh Suruhanjaya—
memeriksa daftar itu; dan
membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, daftar itu.
Jika seseorang meminta supaya suatu salinan diberikan dalam media elektronik, Suruhanjaya boleh memberikan maklumat yang berkaitan itu—
dengan menggunakan suatu peranti pemproses data;
atau
melalui penghantaran elektronik.”.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (Pindaan)
s 11Pindaan seksyen 20
Seksyen 20 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan
“ketua eksekutif” dengan perkataan “ketua pegawai eksekutif”;
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“ketua eksekutif” dengan perkataan “ketua pegawai eksekutif”;
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“Ketua eksekutif” dengan perkataan “Ketua pegawai eksekutif”;
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan
“Ketua eksekutif” dengan perkataan “Ketua pegawai eksekutif”;
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“Ketua eksekutif” dengan perkataan “Ketua pegawai eksekutif”; dan
dalam subseksyen (6), dengan menggantikan perkataan
“ketua eksekutif” dengan perkataan “ketua pegawai eksekutif”.
s 12Pindaan seksyen 21
Seksyen 21 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “ketua eksekutif” dengan perkataan “ketua pegawai eksekutif”;
dan
dengan menggantikan perkataan “ketua eksekutif”
di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “ketua pegawai eksekutif”.
Undang-Undang Malaysia 10
s 13Pindaan seksyen 23
Seksyen 23 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan mengenai” dengan perkataan “menentukan”.
s 14Pindaan seksyen 38
Perenggan 38(2)(c) Akta ibu dipinda—
dengan memotong perkataan “lesen”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “levi” perkataan
“, penalti kewangan,”.
s 15Pindaan seksyen 45
Seksyen 45 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“lima juta” dengan perkataan “lima puluh juta”.
s 16Seksyen baharu 53a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 53
seksyen yang berikut:
“Kuasa Suruhanjaya untuk menyiarkan maklumat 53a. Suruhanjaya boleh, jika difikirkannya perlu atau suai manfaat demi kepentingan awam dalam apa-apa bentuk atau cara yang difikirkannya patut, menyiarkan apa-apa maklumat berhubung dengan—
pemberian, peluputan, pembatalan atau penggantungan suatu kelulusan, lesen atau pengecualian yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang komunikasi dan multimedia kepada mana-mana orang;
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (Pindaan)
pengeluaran apa-apa arahan, garis panduan, penentuan, keputusan atau apa-apa instrumen perundangan lain di bawah mana-mana undang-undang komunikasi dan multimedia;
apa-apa tindakan sivil yang diambil di bawah mana-mana undang-undang komunikasi dan multimedia;
pengkompaunan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang komunikasi dan multimedia; atau
apa-apa prosiding sivil atau jenayah yang dibawa—
di bawah mana-mana undang-undang komunikasi dan multimedia terhadap mana-mana orang dan keputusan prosiding itu, termasuk apa-apa penyelesaian, sama ada di dalam atau di luar mahkamah; atau
di bawah mana-mana undang-undang lain, sama ada undang-undang Malaysia atau undang-undang mana-mana wilayah atau negara di luar Malaysia, terhadap mana-mana orang dan keputusan prosiding itu, termasuk apa-apa penyelesaian, sama ada di dalam atau di luar mahkamah.”.
Mana-mana arahan oleh Menteri yang diberikan kepada
Suruhanjaya di bawah seksyen 18 sebelum mula berkuat kuasanya
Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga diubah suai, diubah atau dibatalkan.
Pengerusi yang memegang jawatan ketua eksekutif sebaik sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah terus memegang jawatan itu dan hendaklah disifatkan dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif di bawah Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 12
Walau apa pun peruntukan Akta ini, anggota Suruhanjaya yang memegang jawatan sebelum mula berkuatkuasanya seksyen 3
Akta ini hendaklah terus memegang jawatan itu sehingga tamat tempoh jawatan mereka.