Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026 · As enacted
16. Seksyen baharu 53a
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 53
seksyen yang berikut:
“Kuasa Suruhanjaya untuk menyiarkan maklumat 53a. Suruhanjaya boleh, jika difikirkannya perlu atau suai manfaat demi kepentingan awam dalam apa-apa bentuk atau cara yang difikirkannya patut, menyiarkan apa-apa maklumat berhubung dengan—
pemberian, peluputan, pembatalan atau penggantungan suatu kelulusan, lesen atau pengecualian yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang komunikasi dan multimedia kepada mana-mana orang;
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (Pindaan)
pengeluaran apa-apa arahan, garis panduan, penentuan, keputusan atau apa-apa instrumen perundangan lain di bawah mana-mana undang-undang komunikasi dan multimedia;
apa-apa tindakan sivil yang diambil di bawah mana-mana undang-undang komunikasi dan multimedia;
pengkompaunan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang komunikasi dan multimedia; atau
apa-apa prosiding sivil atau jenayah yang dibawa—
di bawah mana-mana undang-undang komunikasi dan multimedia terhadap mana-mana orang dan keputusan prosiding itu, termasuk apa-apa penyelesaian, sama ada di dalam atau di luar mahkamah; atau
di bawah mana-mana undang-undang lain, sama ada undang-undang Malaysia atau undang-undang mana-mana wilayah atau negara di luar Malaysia, terhadap mana-mana orang dan keputusan prosiding itu, termasuk apa-apa penyelesaian, sama ada di dalam atau di luar mahkamah.”.