Skip to content

9. Pindaan seksyen 18

Seksyen 18 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Tiap-tiap arahan yang diberikan oleh Menteri hendaklah didaftarkan oleh Suruhanjaya secepat yang dapat dilaksanakan.

Undang-Undang Malaysia 8

(4)

Sesuatu arahan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pendaftaran arahan itu dalam suatu daftar atau pada suatu tarikh selepas itu yang boleh dinyatakan oleh Menteri dalam arahan itu.

(5)

Sesuatu arahan hendaklah habis tempoh pada tarikh yang boleh dinyatakan oleh Menteri dalam arahan itu atau, jika tiada tarikh dinyatakan, arahan itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga arahan itu dibatalkan.

(6)

Menteri boleh pada bila-bila masa mengubah suai, mengubah atau membatalkan suatu arahan dan tatacara yang dinyatakan dalam subseksyen (3), (4) dan (5) hendaklah terpakai mutatis mutandis berkenaan dengan apa-apa ubah suaian, perubahan atau pembatalan suatu arahan.”.

Report