Skip to content

Seksyen 18

Anggaran pendapatan dan perbelanjaan

of Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980

ActIn forceProvision 19 of 32
Seksyen 18
(1)

Majlis hendaklah, tidak lewat daripada 1 November pada setiap tahun, mengemukakan kepada Menteri anggaran pendapatan dan perbelanjaan Majlis bagi tahun yang berikutnya.

(2)

Menteri boleh menolak, mengubah, mengubah suai atau menambah apa-apa butiran dalam anggaran itu.

(3)

Majlis boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada

Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan

Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang dimasukkan ke dalam anggaran itu.