Seksyen 20
Laporan tahunan
of Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980
ActIn forceProvision 21 of 32
Seksyen 20
(1)
Majlis hendaklah, tidak lewat daripada 30 Jun pada setiap tahun, menyebabkan dibuat dan dikemukakan kepada
Menteri suatu laporan mengenai aktiviti Majlis dalam tahun yang sebelumnya dan mengandungi apa-apa maklumat mengenai perjalanan dan dasar Majlis sebagaimana yang dikehendaki oleh
Menteri dari semasa ke semasa.
(2)
Menteri hendaklah menyebabkan suatu salinan tiap-tiap laporan yang dikemukakan kepadanya di bawah subseksyen (1)
itu dibentang dalam setiap Majlis Parlimen.