Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 · Updated to 22 Jun 2012 · Bahagian V · Kewangan
35. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
Feedback & supportPerbelanjaan Institut setakat amaun yang dibenarkan oleh
Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada
Kumpulan Wang.
Sebelum 1 September setiap tahun, Institut hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan, termasuk perbelanjaan bagi program penyelidikan dan pembangunan, bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh
Menteri.
Menteri hendaklah, sebelum 31 Disember setiap tahun, memberitahu Institut mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2) untuk tahun berikutnya.
Institut boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada
Menteri, suatu anggaran tambahan perbelanjaannya bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.