Skip to content

Section 35

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

of Malaysian Institute of Road Safety Research Act 2012

ActIn forceProvision 35 of 60
Section 35
(1)

Perbelanjaan Institut setakat amaun yang dibenarkan oleh

Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada

Kumpulan Wang.

(2)

Sebelum 1 September setiap tahun, Institut hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan, termasuk perbelanjaan bagi program penyelidikan dan pembangunan, bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh

Menteri.

(3)

Menteri hendaklah, sebelum 31 Disember setiap tahun, memberitahu Institut mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2) untuk tahun berikutnya.

(4)

Institut boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada

Menteri, suatu anggaran tambahan perbelanjaannya bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.