Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 · Updated to 22 Jun 2012 · Bahagian II · Institut
4. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
Feedback & supportSuatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Institut
Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia” atau “MIROS”
ditubuhkan.
Institut adalah kekal turun-temurun dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Institut boleh atas apa-apa terma yang difikirkannya patut—
membuat kontrak; dan
berkenaan dengan apa-apa jenis harta alih dan tak alih dan kepentingan mengenai harta alih dan tak alih—
memperoleh, membeli dan mengambil harta dan kepentingan itu; dan
memegang, menikmati, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan,
Undang-Undang Malaysia 10
menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat urusan mengenai apa-apa harta dan kepentingan yang terletak hak pada Institut.