Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 · Updated to 22 Jun 2012 · Bahagian VI · Pegawai yang Ditugaskan
43. Akses dan pendedahan data
Feedback & supportInstitut atau seorang pegawai yang ditugaskan boleh meminta mana-mana orang untuk memberi akses kepada atau mendedahkan data di dalam milikannya, di mana data tersebut diperlukan untuk menjalankan penyelidikan keselamatan jalan raya menurut fungsi dan kuasa Institut di bawah Akta ini.
Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, garis panduan atau arahan, orang itu boleh, apabila permintaan dibuat menurut subseksyen (1), memberikan akses atau mendedahkan data di dalam milikannya, dengan syarat—
apa-apa data yang bersifat sulit atau yang didedahkan atas dasar kerahsiaan hendaklah dianggap secara berterusan sebagai sulit oleh Institut atau pegawai yang ditugaskan dan hendaklah digunakan hanya oleh Institut; dan
tiada pendedahan data seterusnya boleh dibuat dalam bentuk yang dijangka dengan munasabahnya boleh mengenal pasti mana-mana orang yang ada kaitan dengannya.
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 27
Jika seseorang memberikan akses kepada atau mendedahkan data di bawah subseksyen (2), pegawai yang ditugaskan bolehlah—
memeriksa buku, dokumen atau rekod yang mengandungi data tersebut; atau
membuat atau menyebabkan dibuat salinan, atau mengambil atau menyebabkan diambil cabutan, dari mana-mana buku, dokumen atau rekod yang mengandungi data yang bukan bersifat sulit, dan salinan atau cabutan tersebut sebagaimana diperakukan oleh pegawai yang ditugaskan hendaklah, melainkan dibuktikan sebaliknya, dianggap sebagai salinan dan cabutan yang benar dan betul.