Malaysia legislation

Section 43

of MALAYSIAN INSTITUTE OF ROAD SAFETY RESEARCH ACT 2012

Section 43

(2)

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, garis panduan atau arahan, orang itu boleh, apabila permintaan dibuat menurut subseksyen (1), memberikan akses atau mendedahkan data di dalam milikannya, dengan syarat—

(a)

apa-apa data yang bersifat sulit atau yang didedahkan atas dasar kerahsiaan hendaklah dianggap secara berterusan sebagai sulit oleh Institut atau pegawai yang ditugaskan dan hendaklah digunakan hanya oleh Institut; dan

(b)

tiada pendedahan data seterusnya boleh dibuat dalam bentuk yang dijangka dengan munasabahnya boleh mengenal pasti mana-mana orang yang ada kaitan dengannya.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 27

(3)

Jika seseorang memberikan akses kepada atau mendedahkan data di bawah subseksyen (2), pegawai yang ditugaskan bolehlah—

(a)

memeriksa buku, dokumen atau rekod yang mengandungi data tersebut; atau

(b)

membuat atau menyebabkan dibuat salinan, atau mengambil atau menyebabkan diambil cabutan, dari mana-mana buku, dokumen atau rekod yang mengandungi data yang bukan bersifat sulit, dan salinan atau cabutan tersebut sebagaimana diperakukan oleh pegawai yang ditugaskan hendaklah, melainkan dibuktikan sebaliknya, dianggap sebagai salinan dan cabutan yang benar dan betul.

Pemeriksaan entiti fizikal

Section 43 — MALAYSIAN INSTITUTE OF ROAD SAFETY RESEARCH ACT 2012