Skip to content
In forceUpdated to 22 Jun 2012Read it in English

Bahagian II · Institut

5. Meterai perbadanan

Feedback & support
(1)

Institut hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan meterai itu bolehlah dari semasa ke semasa diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Institut.

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Institut, suatu cap yang mengandungi perkataan “Institut Penyelidikan Keselamatan

Jalan Raya Malaysia” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Institut.

(3)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Institut secara bertulis, dan hendaklah ditentusahkan sama ada oleh Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah secara bertulis.

(4)

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan ditentusahkan dengan sewajarnya hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.

(5)

Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan dan tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang pegawai

Institut yang diberi kuasa bagi pihak Institut.

(6)

Meterai perbadanan Institut hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Report

Bahagian III

Lembaga Pengarah Institut

Bahagian IV

Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pegawai dan Pekhidmat Institut

Bahagian V

Kewangan

Bahagian VI

Pegawai yang Ditugaskan

Bahagian VII

Tambahan

Schedules