Malaysia legislation
Section 5
Section 5
(2)
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Institut, suatu cap yang mengandungi perkataan “Institut Penyelidikan Keselamatan
Jalan Raya Malaysia” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Institut.
(3)
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Institut secara bertulis, dan hendaklah ditentusahkan sama ada oleh Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah secara bertulis.
(4)
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan ditentusahkan dengan sewajarnya hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
(5)
Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan dan tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang pegawai
Institut yang diberi kuasa bagi pihak Institut.
(6)
Meterai perbadanan Institut hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Fungsi Institut