Akta Majlis Media Malaysia 2025 · Updated to 6 Jun 2025 · Bahagian III · Lembaga Majlis
12. Setiausaha Majlis
Feedback & supportMajlis boleh melantik Setiausaha kepada Majlis yang hendaklah disifatkan sebagai pekerja Majlis dan adalah tertakluk pada terma dan syarat perkhidmatan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Majlis hendaklah meletak hak pada Setiausaha mana-mana kuasa dan mengenakan kepadanya apa-apa tugas sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
16
Undang-Undang Malaysia
Setiausaha hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga yang hendaklah selaras dengan Akta ini.
Setiausaha hendaklah—
bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi, aktiviti dan hal ehwal harian Majlis mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga;
menjalankan pengawalseliaan dan kawalan ke atas semua pekerja Majlis; dan
melaksanakan apa-apa tugas lain dan menunaikan apa-apa tanggungjawab lain sebagaimana yang ditentukan atau diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Setiausaha hendaklah melaksanakan kewajipannya dengan ketelitian, kemahiran, ketekunan yang munasabah, dan membuat pertimbangan yang wajar dalam melaksanakan kewajipannya di bawah Akta ini.
Setiausaha boleh menubuhkan suatu pejabat pusat dan pejabat wilayah atau pejabat cawangan sebagaimana yang disifatkannya perlu dan suai manfaat, tertakluk pada kelulusan
Lembaga.