Seksyen 13
Pekerja Majlis
of Akta Majlis Media Malaysia 2025
ActIn forceProvision 13 of 23
Seksyen 13
(1)
Majlis boleh melantik apa-apa bilangan pekerja yang perlu untuk membantu Setiausaha dalam menunaikan fungsinya secara berkesan dan cekap bagi maksud melaksanakan peruntukan
Akta ini dan pekerja itu hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh, menerima apa-apa gaji, elaun dan faedah, dan hendaklah tertakluk pada apa-apa terma dan syarat perkhidmatan yang ditentukan oleh Lembaga.
(2)
Seseorang pekerja Majlis hendaklah, pada setiap masa, bertindak dengan suci hati dan mematuhi apa-apa kehendak, standard, kewajipan dan tatalaku sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Majlis Media Malaysia 17