Seksyen 16
Perkara berkenaan dengan kuasa tatatertib
of Akta Majlis Media Malaysia 2025
Majlis hendaklah mempunyai kuasa tatatertib terhadap ahlinya dan boleh menggunakan kuasa tatatertib terhadap ahlinya yang telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau yang dikatakan telah melakukan salah laku seperti yang ditetapkan dalam tatalaku, garis panduan, arahan atau pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Majlis hendaklah, mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib, mengadakan apa-apa hukuman tatatertib dan menentukan tatacara bagi prosiding tatatertib, melalui suatu ketetapan undi majoriti biasa ahli yang hadir dan mengundi dalam mesyuarat agung.